Tips Latihan Pengucapan Awam

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hari ni saya akan kongsikan bersama dengan anda beberapa tips latihan yang boleh anda gunakan untuk pengucapan awam. Tidak dinafikan, walaupun seseorang itu sudah biasa bercakap di depan, namun beliau masih lagi mengalami sindrom ‘butterfly in the stomach’. Sindrom senak perut, berpeluh, rasa gugup macam nak pitam dan berbagai rasa lagi. Jadi bagaimana kita nak menghilangkan rasa2 itu?

Ok, anda perlu melakukan banyak latihan bercakap. Berlatih lah bercakap di hadapan cermin (paling mudah dilakukan). Bersedia dengan teks ucapan dan berdiri di depan cermin (kalau boleh full version). Dari sini anda akan melihat cermin dan mengandaikan bahawa anda adalah audien kepada diri anda. Anda akan belajar mengawal intonasi suara dan lenggok bahasa serta bahasa tubuh yang boleh digunakan. Kalau anda rasa pelik dengan intonasi dan bahasa tubuh anda maka anda boleh perbaikinya lagi.

Tips yang kedua, berlatih bercakap di depan pasangan dan anak2 anda. Boleh juga sekiranya dilakukan di depan rakan2 anda. Selesai ucapan, anda boleh minta pasangan atau rakan anda tadi memberi komen untuk memantapkan lagi skill persembahan anda.

Tips yang ketiga, kuasai tajuk dan isi kandungan ucapan anda. Ini paling penting. Sekiranya anda tidak berapa faham dengan apa yang ingin disampaikan maka anda pasti akan gugup dan boleh merosakkan persembahan anda. Anda perlu benar2 bersedia dan faham dengan ‘flow’ persembahan supaya tidak kelam kabut.

Jangan takut dan bimbang. Anggap audien anda memerlukan informasi daripada anda dan lakukan yang terbaik untuk menyampaikannya. Saya harap anda boleh cuba tips ini. Terima kasih kerana membaca.

Salam kejayaan dari saya

Share
Pembangunan Diri

Mari Beramal di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hari ni saya bukak post khusus untuk satu program amal yang digerakkan oleh sekumpulan sukarelawan. Projek ini bermula pada tahun 2010 yang dinamakan ‘Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata’.

Berikut adalah petikan dari laman web www.sehelaibaju.com

Pengenalan

Pada tahun 2010 Team ini digerakkan oleh sekumpulan rakan-rakan di laman sosial facebook bagi tujuan mengumpul baju Melayu/ Kurung Baru untuk diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim menjelang Aidilfitri.

Pada tahun lepas kami berjaya mengumpul hampir 3,000 pasang baju baru dan berjaya mengagihkan kepada lebih 30 rumah anak yatim sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Bagi tahun ini (2011) kami sekali lagi merancang untuk tujuan yang sama bagi mengumpul baju-baju Melayu dan Kurung baru untuk diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim dan golongan yang memerlukannya. Kami juga bercadang untuk memperluaskan lagi agihan demi memberi peluang yang sama kepada anak-anak yatim dibanyak lagi rumah-rumah perlindungan di negara ini.

Bagaimana Program ini berjalan

Melalui rangkaian sosial facebook, twitter, blog dan laman web rasmi, kami meuar-uarkan kepada rakan-rakan untuk membeli sepasang atau lebih baju melayu dan kurung baru lalu dipos ke alamat yang diberi.

Dari hasil sumbangan tersebut kami akan mengagih-agihkan sumbangan tersebut ke rumah-rumah anak yatim yang telah dikenalpasti berdasarkan jumlah dan saiz masing-masing.

Untuk maklumat lanjut bagi yang ingin menderma, sila ke laman web www.sehelaibaju.com.

Semoga anda akan terus dirahmati oleh Allah SWT. Selamat beramal.

Share
Kebajikan

Public Speaking ~ Adakah Ianya Masalah Besar Anda?

Assalamualaikum dan salam hormat,

Dah masuk 16 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Macam mana puasa? Harap puasa kita diterima olehNya. Ok. Topik public speaking ini adalah topik yang menarik untuk kita terokai dan kuasai. Ramai yang ‘gentar’ bila diminta bercakap di khalayak ramai. Perasaan malu, takut dan sebagainya sering berlegar di pemikiran. Ada rakan baik saya yang pernah pitam apabila nak mula bercakap di depan. Tapi sekarang dah jadi seorang Trainer. Tanyalah sesiapa saja trainer yang anda kenal. Bagaimana mereka mula2 nak bercakap di depan? Pasti anda akan dapat jawapan yang lucu dan menarik.

Sebenarnya bidang pengucapan awam ini amat menarik untuk diterokai tetapi amat sedikit orang yang mampu menguasainya. Mereka masih lagi  dengan ketakutan bercakap di depan orang. Untuk anda yang masih takut2 nak bercakap di depan tapi terpaksa jugak bercakap disebabkan faktor kerjaya dan sebagainya, di bawah ini insya Allah saya akan turunkan beberapa tips2 penting nak elakkan gejala gementar.

1) Ketahui objektif anda melakukan pembentangan. Pastikan anda tahu secara teliti apa yang ingin anda sampaikan. Ini akan memastikan anda lancar dan tidak tersangkut-sangkut semasa melakukan pembentangan.

2) Ketahui tempat anda melakukan pembentangan dan alatan yang digunakan. Pastikan anda datang awal untuk membuat pemeriksaan akhir alatan yang ingin digunakan sebelum pembentangan.

3) Ketahui audiens anda. Pastikan anda telah membuat sedikit kajian mengenai audiens anda. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,kaji latar belakang mereka, tahap pemahaman mereka dan sebagainya.

4) Ambil masa untuk berehat. Tarik nafas dalam – dalam dan buat sedikit senaman ringan jika anda gugup sebelum memulakan pembentangan.

5) Datang awal dan berbuallah bersama audiens yang hadir. Bercakap di depan orang yang kita kenal lebih mudah sedikit berbanding dengan orang yang kita tak kenal.

6) Senyum kepada semua audiens, ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara anda dengan audiens.

Ok, itu adalah tips untuk menghilangkan ketakutan semasa melakukan pembentangan. Hmm…bagaimana pula nak buat latihan untuk membuat pengucapan awam ni? Insya Allah, saya akan kongsikan dalam post yang akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Kalau rajin boleh la komen pada ruangan di bawah. Boleh juga jika ada penambahan untuk tajuk ini.

Semoga bermanfaat dan salam kejayaan dari saya.

Share
Pembangunan Diri

Bonus Raya Kakitangan Kerajaan

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Hari ni kakitangan kerajaan pasti senyum kerana bonus setengah bulan gaji masuk. Boleh la tambah2 untuk perbelanjaan raya yang akan sampai 15 hari lagi. Hmm difikir-fikirkan bertuah juga ye kakitangan kerajaan ni. Tiba2 saja PM umum akan bagi bonus raya dan hari ni dah pun masuk ke akaun masing2. Rasanya kerajaan berbelanja besar jugak dalam sekitar RM 2 Billion untuk tujuan ini.

Selain bonus, banyak lagi faedah bekerja dengan kerajaan ni. Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau – risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua – duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di’support’ oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya

Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Yang dah bekerja dengan kerajaan tu memang la best sebab dapat menikmati kelebihan2 di atas. Yang masih belum dapat tu, cuba la lagi ye. Jangan putus asa.

Ada juga yang kerap dapat interview kerajaan tapi selalu gagal. Mungkin anda boleh cuba panduan yang dihasilkan oleh rakan saya ini. Sila klik sini

Share
Kerjaya

Perkara Yang Akan Menjatuhkan Kredibiliti Anda di Facebook

Assalamualaikum dan salam hormat,

Seperti yang saya janjikan semalam, post kali ni saya akan tulis berkenaan perkara yang boleh menjatuhkan kredibiliti kita di Facebook. Ramai di antara kita yang ingin menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan tambahan. Keghairahan mencari sumber pendapatan sampingan telah menyebabkan kita melakukan perkara yang sebenarnya telah menjatuhkan kredibiliti kita di  mata rakan2 atau prospek kita di Facebook. Berdasarkan pemerhatian saya di Facebook, ramai pencari pendapatan sampingan melakukan perkara yang pada pandangan mereka tidak salah. Namun mereka tidak menyedari bahawa tindakan mereka itu telah menyebabkan rakan2 menyampah dan tidak suka dengan perkara tersebut.

Kita perlu faham bahawa Facebook adalah tempat untuk bersosial di alam maya. Cuma kita mengambil kesempatan di atas medium yang disediakan Facebook. Seperti artikel saya semalam, Facebook adalah tempat untuk membina kredibiliti, bukan menjual produk. Cuma yang menjadikan produk anda terjual adalah faktor kekredibilitian anda itu. Berikut beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda gagal di Facebook:

1) Jangan tag atau spam rakan2 anda – perkara ini adalah satu aktiviti yang cukup popular di Facebook kerana sistem Facebook itu sendiri yang viral. Anda tag rakan anda maka rakan kepada rakan anda akan turut dapat melihat iklan anda tersebut. Perlakuan ini umpama kita menceroboh rumah orang dan terus berniaga di dalamnya seperti filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Do Re Mi  :). Bayangkan anda sedang menikmati makanan tengahari dan anda didatangi seorang jurujual yang menjual produknya. Apakah tindakan anda? Walaubagaimanapun tag rakan ini boleh dilakukan sekiranya ianya diminta oleh pelanggan anda yang inginkan update daripada anda mengenai produk terbaru.

2) Jangan Private Message (PM) rakan anda mengenai produk anda – ini lagi satu aktiviti yang boleh menjatuhkan kredibiliti anda. Selalunya PM ini dihantar kepada rakan yang ramai sekaligus dan ini menyebabkan notification bertali arus masuk ke inbox email kita. Walaupun boleh ‘leave conversation’ namun ianya masih kurang manis dan melanggar etika pemasaran.

3) Jangan guna nama perniagaan anda pada akaun personal anda – untuk akaun personal, gunalah nama anda sendiri. Anda perlu membina nama anda dahulu. Untuk perniagaan anda, anda boleh gunakan Fan Page seperti dalam artikel semalam. Cara ini lebih sesuai. Sesetengah orang apabila di ‘add’ oleh orang yang namanya terdapat nama perniagaan, pasti di’reject’ terus sebab dah tahu orang ni mesti nak kumpul prospek untuk berniaga. Jadi lebih baik guna nama sendiri daripada nama perniagaan.

4) Berhati-hati ketika memberi komen di wall orang lain – walaupun status rakan anda itu tidak sependapat dengan anda, anda harus berhemah dalam memberikan komen. Komen yang boleh menyentuh sensitiviti akan menyebabkan tuan punya wall akan menjauhkan diri daripada anda.

5) Elakkan menulis status yang bukan2 – tulisan anda akan mencerminkan siapakah diri anda. Jadi, sekiranya ingin menulis status, pastikan ianya adalah sesuatu yang bermanfaat kepada semua. Jika ingin santai sekalipun, janganlah sampai rakan yang membaca akan jelik dengan status anda.

Ok. Saya harap posting ini sedikit sebanyak akan memberi panduan kepada anda untuk membina kredibiliti di Facebook. Sekiranya anda sudah mempunyai kredibiliti di Facebook, maka segala yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah. Orang akan lebih percaya kepada anda kerana di internet, soal kepercayaan adalah amat penting.

So, enjoy your day  :).

Salam kejayaan dari saya.

Share
Perniagaan Internet

Facebook Sebagai Tempat Membina Kredibiliti

Assalamualaikum dan salam hormat,

Anda mesti pernah dengar Facebook kan? Agak pelik sekiranya anda yang berada di bandar tidak pernah mendengar tentang Facebook. Dan agak rugi sekiranya anda tidak mempunyai akaun Facebook. Anda seorang peniaga produk digital? Peniaga produk fizikal? Peniaga produk kesihatan? Perunding takaful? Pengamal MLM? Atau anda seorang profesional dalam bidang anda? Tahukah anda bahawa anda mampu membina kredibiliti dengan menggunakan Facebook?

Setakat artikel ini ditulis, Facebook mempunyai lebih 700 juta ahli dan jumlah ini sedang meningkat dengan cepat sekali. Pelbagai perkara boleh kita lakukan dengan Facebook. Yang pasti ramai di kalangan kita menggunakan Facebook sebagai tempat bersosial secara maya. Facebook telah menemukan kita dengan rakan sekolah rendah dan menengah yang telah lama terpisah. Dengan Facebook kita boleh release tensen dengan main game dan sebagainya. Facebook juga digunakan sebagai medium untuk berniaga. Ya, ramai yang mengambil kesempatan ini dengan meletakkan perniagaan mereka di Facebook. Syarikat-syarikat gergasi juga tidak ketinggalan menggunakan Facebook untuk mengukuhkan jenama mereka.

Itulah kehebatan Facebook. Pelbagai perkara boleh dilakukan. Dan sebagai peniaga atau profesional, anda juga tidak harus ketinggalan dalam menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran anda. Anda harus tahu berinteraksi dengan prospek anda. Di sinilah anda membina kredibiliti anda sebagai seorang peniaga atau profesional. Berikut adalah sedikit tips yang boleh digunakan untuk membina kredibiliti di Facebook:-

1) Profile peribadi anda – Di sini adalah tempat anda mengumpul rakan2 lama dan juga kenalan2 baru. Post kan status yang sesuai di ruangan “What’s On Your Mind”. Banyakkan post status berbentuk tips2 yang sesuai dengan bidang anda. Gunakan nisbah 9:1 iaitu 9 kali tips2 berguna dan 1 kali promosi. Namun profile peribadi hanya boleh mengumpulkan sebanyak 5000 kenalan sahaja. Boleh lah jugak untuk anda membina kredibiliti di sini.

2) Wujudkan Fan Page – Fan Page lebih tertumpu kepada industri anda. Jadi anda digalakkan membina Fan Page anda sendiri. Anda akan mula membuat promosi untuk menarik seramai mungkin rakan supaya ‘like’ page anda. Cara ini amat berkesan berbanding profile peribadi kerana ianya lebih tertumpu kepada orang yang minat dengan apa yang anda tawarkan. Yang menariknya, fan page ini tidak mempunyai had limit orang yang klik ‘like’. Di sini anda juga digalakkan menggunakan nisbah 9:1.

3) Tubuhkan Group – Group juga merupakan medium di Facebook yang boleh digunakan untuk membina kredibiliti. Anda tubuhkan group dan invite rakan2 yang berminat dengan industri anda. Di situlah anda akan boleh berinteraksi dengan prospek anda dengan lebih tertumpu kepada subjek yang dipilih. Di sini anda akan berikan tips2 atau menjawab soalan2 daripada ahli anda. Cara ini kerap digunakan untuk membuat personal coaching.

So, 3 tips ini amat berguna untuk anda membina kredibiliti di Facebook. Gunalah sebaik mungkin medium di dalam Facebook ini untuk kepentingan perniagaan anda.

Setakat ini dulu. Insya Allah, saya akan kongsikan dengan anda pada post yang akan datang berkenaan Perkara Yang Boleh Menjatuhkan Kredibiliti Anda di Facebook.

Salam hormat dari saya.

Share
Perniagaan Internet

Kuasa Pilihan Di Tangan Kita

Salam sejahtera semua,

Semua manusia di muka bumi ini diberi kuasa untuk memilih. Memilih untuk berjaya atau gagal. Jika diberi pilihan ramai yang memilih untuk berjaya. Saya amat pasti semua akan memilih untuk berjaya. Fitrah manusia tidak suka kepada kegagalan. Namun jika kita memilih untuk berjaya, adakah tindakan kita menjurus kepada kejayaan? Kita memilih untuk berjaya tetapi kita tidak bertindak untuk berjaya. Dan apabila kita gagal kita mula menyalahkan sistem yang digunakan tidak bagus dan sebagainya.
Jika ditanya kepada pengemis apakah prinsip kejayaan? Pasti jawapan yang diberikan adalah kena rajin berusaha dan seribu satu jawapan positif. Tetapi mengapa masih ramai yang menjadi pengemis?

Manusia berharap terlalu tinggi dan berusaha terlalu sedikit. Hanya mencuba sekali dan gagal, terus putus asa dan berkata ianya tidak boleh dilakukan. Gunakan pilihan yang telah diberikan kepada kita. Hendak seribu daya, mahu seribu cara.

Cuba amalkan konsep Why and How. Kita kena besarkan WHY atau KENAPA. Kenapa aku perlu lakukan bisnes ini, Kenapa aku perlu berjaya, Kenapa aku perlu capai matlamat dalam hidup. Insya Allah apabila kita dah tahu persoalan KENAPA, BAGAIMANA atau HOW akan jadi mudah. Kita akan mula mencari jalan BAGAIMANA aku nak jalankan bisnes ini, Bagaimana untuk membuat strategi bisnes ini dan sebagainya.

3 suis utama yang perlu di’on’kan dalam diri untuk berjaya:

1) Impian/ Matlamat
2) Kuasa Pilihan
3) Power of Why and How

Jika anda dapat hidupkan suis ini dalam diri, Insya Allah pasti akan berjaya.

Sedikit perkongsian dari saya yang masih perlu banyak belajar. Diharap anda dapat sedikit manfaat dari post ini.

Salam kejayaan dari saya.

Share
Motivasi